Artikel kidnap dari page Dr. Rozmie.... yg pengasas just mate 5 with bad hair fashion tue :P
1. Bawang Putih mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolestrol dan lemak yang tidak sihat dimana minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak serta berfungsi membersihkan badan dari dalam.
2. Epal mengandungi bahan kimia yang dipanggil ‘pectin’ juga boleh didapati dalam buah beri dan khasiat.
3. Kacang soya pula mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.
4. Vitamin c serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak yang terkandung di dalam buah sitrus seperti limau, oren dan lemon .
5. Asparagus mengandungi kimia ‘asparagin’. Ia sejenis ‘alkaloid’ yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.
6. Tauge adalah sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C yang kaya dengan protin yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.
7. Lobak merah juga mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin a yang mana membantu membersihkan system penghadaman dalam badan membuang sisa lemak dengan cepat serta seleri mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.
8. Timun turut mengandungi sulfur dan silikon. juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik.
9. Tomato mempunyai tahap tinggi vitamin c dan ‘asid citricmalic- oxalic’ yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.
10. Oat membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodine yang membantu membersihkan membran dalam perut dan intestine.
11. Kobis juga adalah makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.
12. Teh hijau adalah kafein yang boleh mengurangkan tahap ‘plasma triglyseride’ dan membakar lemak.
No comments:
Post a Comment