My life,,,

Pages

Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Sunday, 1 April 2012

Friday, 7 October 2011

Abortion...

I know this got nothing to do with me. Tapi tension gak hearing this kind of things happening... Apa lagi dikalangan kawan-kawan kan.

Yesterday a friend dapat tahu she's 5weeks pregnant. But then dia xdelah happy or what so ever. Semalam dia ok jer.
Whats she's keep saying is "i stress sebab i rasa x mampu nak jaga 3anak sorang-sorang". Huhuhu....

Nak dijadikan cerita, she's taking pills for her skin for quite sometimes. Memang d doc suh ambik pil perancang as well, takut kesan ubat atas baby kalau pregnant, but she said bole rancang sendiri. Huhuhu...
So this morning she call d skin doc n d doc tell her to do abortion sekarang jugak coz baby akan cacat dengan kesan ubat tu.

Hurmmmm.... Dia pun kelam kabutlah ke KL for it.
Ntahlah, tak tahu nak cakap cam mana...
I've told her yesterday, kalau Allah dah bagi insya Allah adalah hikmahnya...
But dia nak buat juga, what else can i say...

As for me, kalau dah tahu on meds, ambek je la d pill perancang... Or at least ambek la after pill. Dah jadi macam ni suka-suka nak buang... At 5weeks belum ada heart beat kan? But still... Its a baby to be kan...
Hurmmmmm....

Wallahualam...
Oklah, better i go to pasar dulu. Pikir pun cannot change anything jugak...

Wassalam...

Thursday, 6 October 2011

10days done...

Alhamdulillah, dah 10 hari ganti puasa.
But moreeeee to go. Hehehe. Takper pelan-pelan kan.
Since last Sunday x puasa sbb mr hubby balik plus travel kan, plus free breakfast at hotel :p
Rabu plak bangun pagi dah lapar, terus buat koko and have breakfast with mr hubby.

Hari ni plak, patutnya a friend ajak makan dinner at 5pm. So tak puasalah.
Tapi pelik gak dari pagi dia tak meng'whatsapp' apa-apa. So at 2.30 i sms la tanya... In case dia g Kuantan coz i nak keluarkan apa yang patut to cook la kan.
As per expected, dia dah selamat sampai Kuantan. Huhuhu... Terasa rugi la plak tak puasa. Tapi takperlah... Nak buat cam mana.

Esok parents coming, memang la tak puasa.
Sabtu g dungun, pun tak puasa... Nak makan lunch ramai-ramai. Insya Allah.
Ahad la kot continue balik... Or monday je terus :p sementara period belum muncul lagi... hehehe...

Wassalam...

Saturday, 1 October 2011

Ganti puasa



Kalau fidyahnya 2k... Bayangkan puasa yang perlu diganti...
Sesungguhnya diri ini telah menzalimi diri sendiri di zaman jahiliah... Not saying because itu zaman 'kanak-kanak' or what so ever... Semuanya adalah kesilapan diri sendiri.

Alhamdulillah, after puasa 6 (syawal) terus continue dalam usaha menggantikan posa ramadhan yang dulu2 pulak...
Actually amount adalah aggaran yang diagak2 jer dengan menganggap telah meninggalkan 7days each year and start from 1990. Astargfirullah hal-azim...

Yang dizaman tua2 ni mostly dah ganti dah. But then bayar jer lebih sikit. Mana tau ada yang terlebih hari yang tak ter-puasa. Biar lebih jangan kurang kan? Insya Allah~

Dikira-kira, insya Allah i need to puasa dalam sepertiga tahun. Insya Allah boleh setel. If tak setel bayar lah denda lagi.
Ya Allah, permudahkanlah hambaMu dalam menyetelkan hutang ini.
Luckily, alhamdulillah, only fidyah yang berganda and not d puasa...

Wassalam~

Tuesday, 30 August 2011

1 Syawal...

Since we are not going anywhere yet today (just at parents house this morning and around 11am p rumah in-laws pulak). But then, still not going visiting anyone yet so far...
Baby pun belum p jumpa. Insya Allah before balik kemaman nanti baru nak g kot. Tadi lalu macam sangat ramai...

Lain lagi cerita, sambil-sambil tengok berita kat TV1 tengahari tadi, ada berita their cameraman passed away... Nampak muka macam kenal... So, terus i check-out FB member (adek to my friend actually).
Then, i saw her friends start to say takziah to her. So betul lah tue... Her hubby just passed away...
Al-fatihah...

I knew memang arwah excident few days back (thrusday 25th to be exact) and koma. And of course all hoping for miracle to happen...
Then on saturday, she deliver their baby, at the same hospital since she's there all d time waiting for the hubby...
Sunday i guess d wife balik rumah and start berpantang and still hoping for miracle...

Monday nite, d hubby passed away... Malam raya kan.
Innalillah wainna illahirrojiun...
Semoga arwah ditempatkan disamping orang-orang beriman...

I'm not so close with her, so all info i got from her FB. From what i knew, d hubby terbabas motosikal while konvoi with geng motornya and coma. Itu pun she post on 25th morning, so not sure d exact time actually...

Dalam kita menyambut syawal, a friend got to 'update' her status twice in short period of time...
A mother and widower... Beratnya dugaan untuknya kan...
Insya Allah, janji Allah, Allah tidak akan menguji umatnya diluar kemampuan tuan punya badan menghadapinya.
Insya Allah...

At only 28, dia kehilangan ayahnda tercinta few months ago (in march) and now she lost her husband pula...
Insya Allah semoga puteri yang baru dilahirkan menjadikannya lebih kuat untuk mengharungi kehidupan di bumi Allah.

Wallahualam~

kemaafan adalah lepaskan dendam dengan rela

Kadang ada kalanya kenangan dan ingatan kita terhadap kata kata atau perbuatan seseorang yang selalu saja bermain di dalam jiwa kita. Saban hari kita akan terasa akan cerita lama yang sering kita ingat dan terus menghantui kita. Terasa seolah menghiris dan meninggalkan kesan parut yang masih terasa sakitnya.

Dan kita jua ada rasa, yang kita rasakan yang amat dalam jiwa kita. Jangan biarkan hati kita diselimuti dengan rasa benci yang kuat hinggakan tiada nilai kemaafan yang dapat diluahkan dengan rela dan ikhlas. Sesungguhnya kita manusia penuh dengan salah dan kalah akan sesuatu.

Andai tiada kesempatan di waktu lain, agar Aidilfitri yang kunjung tiba ini memberi ruang di hativkita untuk memohon kemaafan pada kenalan kita. Kadang kita tidak menyangka dan tanpa.kita sedari telah melukakan seseorang dengan kata kata tidak sepatutnya.

Atau kesempatan ini jua kita lembutkan dan rendahkan sedikit ego yang kuat itu. Maafkan dengan rela dan ikhlas.

Akhir kata, aku jua ingin memohon kemaafan andai kata kata aku tidak menyenangkan dan membuatkan terasa di hati. Selamat hari raya

Dicopy-paste dr....
http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/08/kemaafan-adalah-lepaskan-dendam-dengan.html?spref=bl

Sunday, 21 August 2011

Senyuman Itu Pengubat Jiwa Luka

Kenapa kita tidak tersenyum? Dan membiarkan luka kegagalan menjadi ukuran dan menghantui kita sepanjang masa.. Mengapa kita terlalu asyik dengan derita? Mengapa terus menangisi kekecewaan?

Kerana senyuman itu akan mewarnai kehidupan dan kegelapan jiwa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru.. Senyuman yang terukir itu melembutkan jiwa mata mata yang memandang..

Bukankah mereka yang yang berjaya itu pun pernah gagal namun kerana mereka tidak terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu mereka pun ada banyak masa untuk melakar harapan mereka semula.. 

Bukankah mereka yang tersenyum bahagia itupun pernah tersungkur hina namun kerana jiwa mereka kuat lalu mereka menjadikan keinsafan sebagai anak tangga untuk mereka hampir kepada Allah swt.


Kita berhak menangis dan tetapi kita perlu tahu ketika mana dan untuk siapa tangisan itu.. Bukankah jiwa ini ada Pemiliknya.. Jadi ketika jiwa kita lemah mengadulah padaNya maka Dia akan berikan kita satu kekuatan baru kerana Kekuatan itu milikNya..

Ketika kita kecewa maka sandarkan harapan kita padaNya kerana dialah tempat kita tujukan harapan kita.. Cuma kadang-kadang kita lupa diri kita siapa lalu kita meminta kekuatan pada manusia yang juga lemah lalu kita semakin lemah, kita sandarkan harapan pada bukan tempatnya maka kitapun kecewa

Saturday, 13 August 2011

Pahala puasa...

Jangan rosakkan pahala puasa...

Me-refer to majalah solusi 34, terbacalah...
"... Menziarahi sanak saudara pada musim perayaan merupakan amalan yang digalakkan. Namun ia kadang kala dirosakkan dengan unsur berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Islam melarang seorang lelaki yang ajnabi atau bukan mahram menyentuh wanita yang boleh dikahwini sekalipun wanita tersebut SEPUPUNYA atau IPARNYA."

Hurmmmmm....
Then i pun mencari which sepupu is mahram...

Bagi seorang lelaki, wanita-wanita yang menjadi mahramnya ialah;
1. Ibunya
2. Neneknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
3. Anak perempuannya
4. Cucu perempuannya
5. Kakak atau adik perempuannya.
6. Anak saudara perempuannya (yakni anak perempuan kepada saudara-saudara kandungnya)
7. Ibu saudaranya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
8. Ibu mertua
9. Anak tiri perempuan
10. Menantu perempuan
11. Ibu tiri

Bagi seorang wanita pula, lelaki-lelaki yang menjadi mahramnya ialah;
1. Bapanya
2. Datuknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
3. Anak lelakinya
4. Cucu lelakinya
5. Abang atau adik lelakinya
6. Anak saudara lelakinya (yakni anak lelaki kepada saudara-saudara kandungnya)
7. Bapa saudaranya (sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu)
8. Bapa mertua
9. Anak tiri lelaki
10. Menantu lelaki
11. Bapa tiri

Dari senarai di atas, sepupu-sepupu (sama sepupu sendiri, sepupu ibu atau sepupu bapa) tidak termasuk dalam senarai kerana mereka bukan mahram.
Maksud mahram (khususnya mahram muabbad) ialah orang-orang yang haram dikahwini buat selamanya. Dengan mereka harus kita bersalaman, berduaan (jika aman dari fitnah), membuka aurat yang diharuskan sesama mahram (seperti tidak wajib bertudung) dan menemani mereka atau ditemani ketika safar (perjalanan jauh). Semua ini tidak harus ketika bersama sepupu kerana ia bukan mahram dan harus dikahwini.

(*Mahram-mahram di atas tidak termasuk kerana susuan)

So it means sepupu dr both side is not mahram la kan. Means tokleh la bersalam dengan sepupu yang bertentangan jantinanya kan???
Hurmmmmm....
Pakcik and makcik adalah mahram bagi kita, tapi anak2 diorang not our mahram... Hurmmm...

Kalau sepupu bukan mahram, ipar duai lagilah kan?
Hurmmmm... kenapa agaknya i didnt know bout it since before?

Then, how bout our parents in law??

Terbahagi kepada dua larangan (diharamkan berkahwin) iaitu larangan muabbad dan larangan muaqqat.

Larangan muabbad ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.Jadi hubungan MERTUA termasuk dalam kategori ini.

Larangan muaqqat ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

Siapa muhrim muaqqat?

Antaranya adik ipar atau kakak ipar. Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan muhrim muaqqat sama seperti hukum dengan bukan muhrim.

Termasuk bukan muhrim ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan muhrim. Tidak boleh bersentuh atau bersalaman. Isteri kepada bapa saudara(emak saudara juga termasuk dalam kategori muhrim muaqqat.

Hurmmmm... Walaupun makcik kita ada mahram kita, suaminya tidak lah kan? Suami kepada makcik husband apatah lagi kan... Hurmmmm... Yang menjadi mahram dengan ikatan perkahwinan only with mertua. Others is still NO NO NO.

Amacam???
Renung-renungkan.... dan selamat beramal.
Nak mudah no need to salam all lelaki je lah kan :)

Thursday, 11 August 2011

9 Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Copy-paste from http://scripters.ning.com/

Thursday, 4 August 2011

Zakat Emas

Emas dan perak adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat seperti yang dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakan pada jalan Allah (zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengan dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu"
At-Taubah 34-35

Pengiraan Zakat Emas
a) Emas Yang Disimpan (Tidak Dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun dianggap emas simpan.
Jika nilai emas bersamaan atau melebihi nisab (85gm), maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% daripada nilai emas keseluruhan.

Contoh Pengiraan
Berat emas disimpan = 100gm
Harga per gram. = RM75.29 (contoh)
Nilai emas disimpan. = RM 7529.00
Zakat emas disimpan = 2.5% x RM 7529 = RM 188.23


b) Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai bagi tujuan perhiasan diri tidak dikenakan zakat. Tetapi jika berat emas tersebut melebihi URUF (kebiasaan masyarakat setempat memakai emas) maka zakat akan dikenakan.
Kadar uruf di WP ialah 150gm. Kadar zakat adalah 2.5%.

Contoh Pengiraan
Berat emas yang dipakai = 200gm
(50gm melebihi uruf)
Harga emas per gram. = RM 75.29 (cth)
Nilai emas (50gm). = RM 3764.50
Zakat emas pakai. = 2.5% x RM3764.50 = RM 94.11
Sumber : PZZ Putrajaya

For harga emas semasa please check 1st d mana2 yang berkenaan la yer...
Coz harga emas kan sentiasa meningkat... Up to 30%/ year...

Wassalam...

Fidyah

Pengertian Fidyah
Ialah denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada') bulan Ramadhan. Ia merupakan satu kadar tertentu yang eajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.

Kewajipan Fidyah
Wajib disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah
a) Wajib membayar fidyah sahaja
- Mereka yang menghadapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh atau mereka yang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

- Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

b) Wajib qada puasa dan fidyah
- Perempuan hamil dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Maka hendaklah membayar fidyah dan juga mengqada'kan puasa yang ditinggalkan.

- Ibu yang menyusukan anak dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka hendaklah mengqada' puasa serta membayar fidyah.

- Mereka yang melambatkan qada' sehingga melangkaui ramadhan tahun yang berikutnya. Maka dikenakan denda serta wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan. Jumlah fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Kadar Fidyah
Adalah berdasarkan kepada zakat fitrah sesuatu tahun yang ditentukan oleh Majlis Agama Islam.

Contoh (tahun 2009 / 1430H), fitrah RM7.00
1gantang = 4cupak
1gantang = RM 7.00
Fidyah / hari = RM 7.00/4 = RM 1.75
(but utk tahun ni dah RM 1.80 for wilayah)

Sumber : Pamplet PPZ (taken d Putrajaya)


Tuesday, 28 June 2011

Menjaga hati...

Post copied from : http://www.usahataqwa.com/

Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera menemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.

Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap terus tidak peduli langsung atau mereka memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripada penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT di Akhirat kelak, wal’iyazubillah.

Marilah sama-sama kita lihat mengapa terlalu pentingnya menjaga hati atau roh yang di antaranya seperti berikut:

1. Kerana roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti fizikal (jasad lahir), ia binasa. Di Akhirat kelak, roh itu akan diberi jasad baru.

2. Roh itulah yang akan menerima atau merasa nikmat atau azab bersama jasad barunya di Akhirat kelak.

3. Ia adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan yang mana sama-sama ingin mengisi. Malaikat dengan iman, syaitan dengan kekufuran atau malaikat dengan keyakinan, syaitan dengan keraguan.

4. Ia adalah tempat jatuhnya ilham atau ilmu laduni (dapat ilmu tanpa belajar), ia merupakan wahbiah (anugerah) daripada Allah. Akal tempat ilmu nazali (ilmu yang dipelajari).

5.Roh kalau ia bersih, Allah beri ia rasa yang tepat atau firasat.

6. Roh kalau ia terlalu bersih, matanya lebih tajam dari mata lahir atau mata kepala, sebahagian perkara yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya. Itulah yang dikatakan mukasyafatul qulub.

7. Roh atau hati adalah raja dalam diri. Kalau hati itu baik, ia akan arahkan tentera-tenteranya iaitu anggota lahir atau jawarih kepada kebaikan. Kalau ia jahat, ia akan arah tenteranya membuat kejahatan.

8. Kerana ia boleh menerima sifat-sifat mahmudah yang dikehendaki dan juga boleh menerima sifat-sifat mazmumah yang dibenci dan dikeji yang sayugianya hendaklah dibuang atau dijauhi.

9. Ia adalah merupakan tempat merasa iaitu susah atau senang, bahagia atau dukacita, rasa sempit atau rasa lapang, rasa keluh-kesah atau tenang, rasa kecewa atau ceria, rasa putus asa atau harapan yang cerah, rasa benci atau suka, rasa ragu atau percaya, rasa pesimis atau optimis, rasa rindu atau simpati.

10. Sikap jasad lahir atau tingkah laku adalah pancaran dari hati atau roh sama ada baik ataupun buruk.

11. Hati tempat penglihatan dan nilaian Tuhan manakala jasad lahir tempat pandangan makhluk.

12. Hidayah yang lahir, ia adalah punca dari yang batin atau roh atau hati.

13. Sifat mahmudah yang paling terpuji ialah ikhlas, penentu segala amalan seseorang itu diterima atau ditolak ialah bertapak pada roh atau hati, malaikat pun tidak tahu, hanya Allah yang mengetahui.

14. Seseorang yang membuat kebaikan, orang tidak kata baik tangannya, kakinya, tapi orang berkata baik hatinya.

15. Ketahanan yang lahir adalah berpunca daripada ketahanan yang baik yakni roh atau hati.

16. Segala perubahan yang lahir ini berpunca daripada perubahan yang batin yakni roh atau hatinya.

17. Penyakit roh atau hati membawa ke Neraka, penyakit lahir membawa ke Syurga (segala kesusahan dan kesakitan lahiriah merupakan kifarah dosa).

18. Penyakit lahir walau bagaimana teruk sekalipun, ia hanya merosakkan badan, tapi penyakit roh atau hati menghancurkan apa yang ada di dunia ini.

19. Penyakit badan kalau sudah teruk sangat, membawa mati badan, tapi penyakit roh atau hati membawa matinya iman dan Islam.

20. Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tapi penyakit roh atau hati seksanya kekal abadi.

21. Penyakit lahir hanya manusia yang benci, tapi penyakit batin Allah benci.

22. Penyakit lahir menguruskan badan, tapi penyakit batin menguruskan iman.

23. Di dalam tidur, adakalanya mendapat alamat di dalam mimpi sama ada secara jelas atau ibarat. Ia diperlihatkan kepada roh, bukan kepada mata kasar.

24. Rasulullah SAW menyuruh takut dengan pandangan mata hati atau pandangan roh. Allah tidak mengatakan agar takut kepada pandangan mata kasar.

Sabda Baginda: “Takutilah firasat orang mukmin, kerana ia melihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)

1. Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, tapi penyakit batin dipandang hina.

2. Penyakit lahir tidak sampai hilang kepercayaan orang, tapi penyakit batin sampai menghilangkan kepercayaan orang.

3. Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan dan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan, perpecahan dan peperangan.

4. Roh boleh mengembara tanpa jasad dan dapat melihat perkara-perkara yang ajaib dengan izin Allah.

5. Selepas mati, roh boleh balik ke dunia dan dapat melihat keluarganya, tidak seperti jasad.

6. Penyakit lahir orang simpati, penyakit batin orang tidak simpati.

Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklah dijaga sungguh-sungguh iaitu:

a. Wajib kita memberi makanan yang cukup. Makanannya ialah sembahyang, zikrullah, membaca Al Quran, tasbih, tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya melalui pemandangan dan mengingati mati.

b. Memberi ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat taqwa.

c. Jauhkan dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riyak, ujub dan sebagainya.

Wallahualam...


Lain lagi cerita, in d same topic....
Cam mana pulak, terlalu menjaga hati orang, terabai hati n perasaan sendiri?? Hurmmmm...

Maybe we can say 'if i didnt like something done by someone, i'm gonna tell d person directly right away'. But is it really that EASY to do so? I dont think so...

Kalau we can do that, kenapa dlm pikiran kita when nak buat apa2 sikit yang diluar kebiasaan or even perkara biasa pun, kita akan terpikir 'if i do this, apa orang sekeliling akan cakap?'.
Itu namanya menjaga hati orang sekeliling or just tanak orang talking bout us?? Rasa cam sama jer... Hurmmmmm...

As for me, dalam nak menjaga hati orang sekeliling sekalipun, kenalah bagi perhatian kat hati kita sendiri jugak, janganlah sampai hati sendiri luka parah & pecah berderai... Sbb bila dah parah, pakai gam apa sekalipun dah xboleh mengembaliknya ke bentuk asal kan...
Plus, sapa lagi nak jaga hati kita kalau kita sendiri x jaga kan...

Love yourself before you love someone...
Take good care of yourself before you can take care of others...

Inysa Allah...

Sekian saja tazkiran hari ini... Hahahahahaha 
See ya~

Monday, 23 May 2011

Bersin...

Daripada Abu Hurairah r.a.,“Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ” [Alhamdulillah] (Segala puji untuk Allah). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin hendaklah mendoakannya dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah] (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah], maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” [Yahdikumullah wayus-lihu balakum] (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (HR al-Bukhari)

Friday, 20 May 2011

The time will come anyway~





Janji Allah... Semua yang bernyawa pasti akan ada akhirnya...
Semua yang hidup pasti akan mati... Cuma Allah tg maha mengetahui when is our time to go n meet Him...

Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.

Btw got news from my former school mate that her dad just passed away due heart problem on wednesday nite n was kept on thursday morning...

Semoga rohnya dicucuri rahmat insya Allah... Al-fatihah...

"Kita lahir ke bumi menangis dan ketika mati kita meninggalkan tangisan dari orang terdekat kita."

Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia. Rohlah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.

Innalillah wainnailla hirrojiun...

Maha suci Allah yg maha mengetahui segala yang dilangit dan dibumi...




Wednesday, 18 May 2011

Allah knows all~

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah:216)

No matter how we plan, mungkin itu bukan yang terbaik...
Allah have better plan for us...
Insya Allah thats d best~

We plan...

But whats gonna happen next is not up to us... Semuanya milik Allah...
No matter how good we are as a planner, Allah is d best planner...

Tapi apa pun, kita sebagai hambaNya still have to work n plan our best... 

Takdir atau ketentuan untuk makhluk itu telah dituliskan pada lohmahfuz.

Bagaimanapun, takdir ini masih menerima perubahan, kerana ada takdir yang tertulis di situ yang sudah tetap dan ada takdir yang belum putus yang diistilahkan sebagai takdir muallaq.

Menurut tafsir al-Qurtubi, semua takdir Tuhan yang telah tertulis di lohmahfuz boleh dihapus oleh Allah kalau dikehendaki oleh-Nya ataupun ditetapkan terus sesuai dengan kehendak-Nya.

Yang boleh mengubah takdir yang tertulis di Lohmahfuz itu ialah doa dan perbuatan baik. Dalam sebuah hadis Tirmizi dijelaskan:
Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik.

Means no matter what, we need to work for the best n not just wait for things to happen.

Insya Allah itu adalah janji Allah kepada umatNya...

Dalam membicarakan usaha dan takdir ketentuan Allah, setiap orang mempunyai tugas masing-masing. Takdir itu adalah masalah iktikad atau kepercayaan.

Allah memerintahkan kita supaya percaya kepada takdir. Manusia tidak tahu apa yang telah dan akan ditakdirkan untuk kita. Allah sendiri pun tidak pernah memberitahu apakah kita termasuk dalam golongan orang baik-baik, orang kaya atau miskin selalu, biarpun puas berusaha di sepanjang hari termasuk ketika bulan Ramadan.

Apa yang kita ketahui ialah adanya perintah daripada Allah dan rasulnya supaya kita beriman kepada Allah dan beramal saleh sambil berdoa supaya dijauhkan daripada seksa.

Beramal dan berusaha bukan bererti melawan takdir, tetapi termasuk juga dalam takdir.

Sebuah hadis sahih menyebut bahawa takdir itu berlaku ke atas hamba-hamba ALLAH yang telah ditetapkan oleh-NYA. Ia menjadikan segala sesuatu itu takdir yang berlaku dan sudah tertulis sejak azali lagi.

Namun begitu, amal dan perbuatan tetap diambil kira kerana sesuatu takdir yang menimpa itu adalah berdasarkan amalan yang dilakukan. Amalan itu pula berlaku berasaskan takdir yang telah ditentukan.

Umar r.a yang bertanya Nabi s.a.w tentang amalan dengan mengatakan:
"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku?

Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda:
Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara.

Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja?

Baginda bersabda: Beramallah wahai anak al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."- Hadis sahih riwayat Ahmad, jil. 1, ms. 29).

Sama juga dengan sebuah kisah yang diceritakan melalui sahih al-Bukhari dan Muslim mengenai protes Musa a.s kepada Adam a.s.
Dan juga dalam riwayat-riwayat lain. Kesemuanya menunjukkan kepada kita bahawa amal dan takdir itu saling berkaitan.

So that means walaupun semuanya telah tertulis, we still need to plan n do d best for ourself...
Bukannya just wait for things to come to us macam menunggu bulan jatuh ke riba... Hehehe...

Thats what i understand la kan... Insya Allah~

See ya~

Monday, 16 May 2011

Kecewa...

As for me... Kita x sepatutnya meletakkan harapan yg tinggi kepada sesiapapun... Melainkan kepada Allah sahaja...

Yelah, kalau kita hoping for the best n cant get the best, end up kita yang kecewa kan...
Bila kecewa, kita jadi down n end up berputus asa...
But Allah dah berpesan supaya jangan berputus asa and teruskan berusaha for what we want selagi kita di muka bumi nie... Huhuhu...

Easy to say rite...
But to do so is not so easy tho~

Cthlah mcm we plan to setelkan hutang credit yg tinggal sikit...
Mmg yakin la bole setel b4 end of this year...
Then end up hutang jadi up to more than double dlm sekelip mata... Huhuhu
How how how???
Mmg bole keep on berusaha to settle it... But semangat pun jd kurang skit... Coz mcm lmbattttt jer bole nak tersetel... Hurmmm...

Ker i should not pun any target to anything in my life???

Ini boleh dikira ujian Allah ker jugak? Ker masalah yg sendiri cari?
Betullah setiap masalah ada penyelesaiannya... Insya Allah. Yg penting keep on berusaha for it kan...
But maybe i need a little time to relax b4 i get back on my focus n keep focusing :p

Hurmmmm... Ini bru masalah yg x besar mana...
Masalah yg lg besar cm mna ek nk hndle when kecewa?
Easy way, just ignore jer kot... But smpi bila la x akan setel... Then, mcm x tercapai plak objektif kat muka bumi... Huhuhu

Takperlah~
Btw, articel below is copied somewhere on d net... Untuk peringatan bersama ;p

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " – Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." – Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
- Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" – Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…"– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " – Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." – Surah Yusuf ayat 12

Wallahualam...

See ya~


NORadLie

Tuesday, 19 April 2011

Kalau... If... Jika...

Saya pernah mendengar perbahasan
tentang penggunaan perkataan "kalau" ini.
Apabila kita menggunakannya, seolah-olah
kita tidak berkeyakinan dengan Allah dan syaitan la'natullah akan mengambil kesempatan ke
atas kita akibat penggunaan perkataan ini
dengan menimbulkan perasaan ragu-ragu
dalam diri kita. Mengenai hadith yang
menyokong mengenai perkara ini masih
dalam pencarian, Insya'Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:"Mukmin yang kuat lebih disukai
oleh Allah daripada mukmin yang lemah.
Namun pada kedua-duanya ada kebaikan.
Berjaga-jagalah terhadap perkara yang
boleh mendatangkan kebaikan kepada
engkau, pintalah pertolongan daripada
Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu
musibah, maka jangan engkau
berkata:"Sekiranya (kalau) aku lakukan
begini maka sudah pasti lain yang berlaku.
Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir
Allah dan Dia melakukan apa yang
dikehendaki-Nya, sesungguhnya 'kalau' akan
membukakan pintu amalan syaitan."

Huraian mengenai hadith  riwayat Imam
Muslim:-
1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur
bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan)
tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan
iman. Bahkan itulah yang paling penting.
2. Orang yang sentiasa berwaspada
terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak
akan mudah terjerumus dalam perangkap
syaitan. Segala tindakan yang diambil
mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah
dan dia sekali-kali tidak membiarkan
kebaikan dan keburukan yang menimpanya
sebagai suatu kegembiraan (kemenangan)
dan kesedihan semata tetapi percaya
bahawa semuanya itu mempunyai hikmah
yang tersendiri daripada Allah untuk
diambil pengajaran.
3. Ucapan 'kalau' tidak harus diamalkan
kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa
kita tidak redha dengan apa yang telah
berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa
berfikiran positif dan ingat bahawa segala
yang baik itu datangnya daripada Allah dan
yang buruk itu adalah daripada kelemahan
diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam
menyuruh umatnya agar bertawakkal
(berserah) kepada Allah SWT dalam
melakukan sesuatu usaha dan percaya
bahawa setiap sesuatu itu tidak akan
berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.
Allahu a'lam.

Tuesday, 9 March 2010

Kenapa Wanita Istimewa... Selamat Hari Wanita.


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

InsyaAllah... ianya di petik dari iLuvislam.com

Sunday, 31 January 2010

Oh wanita....

* Copy dr blog Shiela, which she copied from her hubby's email.... :D

Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan, 
jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.                                                               
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, 
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami.
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa 
suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.                                
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki),
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.