My life,,,

Pages

Showing posts with label macam2hal. Show all posts
Showing posts with label macam2hal. Show all posts

Tuesday, 31 January 2012

All in one~

Assalamualaikum...

(Actually this was typed at 16w pregnant. Now I'm 21w. So need a little 'edit')

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, i'm 21w pregnant now...
Tak disangka2. Tak jugak terasa masa cepat berlalu. Memang terasa sangat lambat... But try to ignore it as much as i could... Dalam masa yang sama berdebar-debar nak menghampiri 23w. Huhuhu....

Of course semua ini kuasa Allah... Diberi rezeki at time we least expecting it. Alhamdulillah.
Yelah, nearly 4thn x pernah pregnant. Now after within 6-7months after d lost (bukan lost of mind ok :p) here i am again :)
Alhamdulillah...
Cuma pada umur dan tahun yang berbeza...

Baby Adilah plak dah pergi for more than 11months now... Nearly a year.
Tapi x penah plak mimpi baby datang jumpa or what so ever like others... Maybe sbb i pernah baca that "anak kecil yang meninggal dunia akan bergembira disyurga dan dilupakan seketika siapakah ibu bapanya until hari pembalasan. Then only they will remember, crying dan mencari kerana ingin bertemu dengan parentsnya". (ayat diolah mengikut kefahaman sendiri) and yakin with it kot?
Wallahualam~

I hope we will meet later on in future.
I know i'm not d best for you when we are together sbb mummy emotionally not so stable at that time plus keadaan keliling yang menyumbang as well...

For this round, i try to ignore all other things... Cuma yg penting mummy happy sendiri. Enjoy tido, ngadap tv, ngadap hp and so on. Makan when lapar. Menda org cakap x elok such as junk food pun makan je kalau dah nak makan...
Kalau rasa down, watch movies or tido je lah kot.Cuma lately i had hard time to sleep at nite. Siang lebih mudah :) So memang banyak tido siang. Ditambah dengan pelvic pain, so itulah...
Talk it out wont help as well... Coz from what i see before, my words mean nothing pun :)
(walaupun not in all condition).

Lain lagi cerita.... (Cerita lama actually)...
Actually i'm afraid of 'mengurut' dulu-dulu. Thats y dari awal kawen x penah g mengurut or what so ever walaupun after 2years pun belum pregnant.
Ramai yang suggest urut here n there, tapi i dont work hard for it.
I prefer g jumpa doc or so on kot. Tapi tak jugak pernah g jumpa and ask bout my condition :p
Ntahlah, i'm taking things easily kot...

Last time masa kerja (before kawen), pernah la jatuh terduduk sebab lantai basah dimop oleh new crew.
So, my staff gtau nearby her place ada makcik yg pandai mengurut. So, i give it a try la (1st time la ni). End up makcik tu mengurut sangat sakit. Huhuhu. Lebam2 kena urut lagi banyak dari lebam sebab terjatuh itu.
Memang makcik tu ada bgtau my rahim sejuk macam orang lepas beranak, susah nak pregnant kalau x urut and what so ever n suruh berurut at least 3x.
Tapi since masa tu pun belum kawen plus sakitnya urutannya, memang tak g dah la sampai ke sudah...

Lepas kawen still teringat what d makcik said... Tapi still x berusaha ke arah itu. Sebab takut kalau manatau kalau org lain urut pun sama sakit or lebih sakit lagi ker kan. Huhuhu...
Sendiri tak berusaha, tapi each time period pandai plak rasa kecewa. Apa punya manusialah i ni :p

Nak dijadikan cerita, few months after kawen, period plak problem.
Period panjang (more than 14days n i know its darah penyakit. Tapi tatau la apa sakitnya) plus dengan cramp kaki malam2.
Sudahlah masa tu baruuuu g honeymoon. Tengah malam menangis kaki cramp :p

Masa before kawen paling panjang period pun cuma 14days. Itu pun sekali jer. So x pikir apa-apa much sbb memang factnya max days of period is 14days kan. Anggap normal la sedangkan usually period 7-8days jer.
Ntahlah, i never want to share with others if ada sakit pelik2 camni kot. So diam-diam je lah.

Tapi tulah, takde g jumpa doc or what so ever... Just refer to my dad jer (he learn bout homeopathy but x ambik exam so cant practice it secara terbuka kat mesia ni. So just for family).
So, after a week or so, dah ok...
And being me, tak mengambil tahu pun apa masalahnya :p dah ok, dah la... Hehehe...
But actually my dad ada sms me what it is. Some kind of hormon imbalanced ke apa ntah. Then kena suruh makan more sayur hijau (but since i x makan sayur, so i ignore againlah).
My wrong to take things easily. Again n again :p
Masa zaman muda2 n still tinggal ngan parents, my dad always buy me zink supplement. Masa kat UMS rajin lagi claim kat panel. Dah tua2 ni dah tak reti nak beli sendiri. Nak salahkan siapakan? Terimalah nasibnya~

Guess what? D things happen again the next year... 2nd ni time pun just report to my dad. Makan ubat n all ok again.
Masa tu my dad gtau i'm 90% pregnant tapi persenyawaan itu x berjaya so period lah macam biasa (masa ni late period nearly 2weeks) tapi tatau la why with non stop period. Huhuhu...
Sedih gak la kot masa tu.

But on the 3rd year, only i went to hospital for check up. But before g menyerah kat sepital sempat la g urut kaki kat tabib cina. Ntah apa nama urutan dia. A friend la suggest coz kakak iparnya got pregnant after 2years married lepas urut sana.
Rezeki masing-masing la tu kan.
D uncle pun pelik n said its imposibble. But it's happening to me, for the third time plak tu. Nothing weird anymore i guess. Dah xde rasa takut pun sebab tak sakit.
Dia siap suh pakai pad herba plak. Pakai gak la kejap then baca org kata tak elok plak. Stoplah.
Still, didnt go for urut satu badan. Just kaki :p

2009. Lepas raya went for check up. Kena tu bulan puasa. I only manage to puasa for about 10days tanpa 'period' yang bukan period pun sebenarnya. Tapi i puasa je lepas 7th day sbb tahu itu bukanlah period. Harap diterima Allah.
But then i went for check up lepas abis enjoy2 celebrate raya. Hehehehe... Still x kelam kabut nak cepat2 check. This time didnt tell dad bout it. Kalau jawapannya sama like 'pregnancy yg x berjaya', i cant accept to hear that anymore... Macam my kebarangkalian to be pregnant is once a year la plak kan :P

So, g jumpa doc n she said she need to take sample of it. Means, have to go for D&C right away coz hasil scan macam ada ketulan, So maybe ketumbuhan or kandungan yang tidak menjadi. Huhu...
Since g pun dah petang, she ask to come back tomorrow morning after berpuasa for few hours n go for D&C.
So go for it d next day with mr hubby (luckily dia belum naik laut). Warded half day jer coz it's mr hubby's last day of his off day rasanya.
Masa tu x penah tanya risk after d D&C. Actually tatau pun what is D&C masa tu. Dah tua-tua ni baru tahu it's 'cuci rahim'. Huhuhu...
Since itu yg dicadangkan, malas nak pikir panjang n just go with it.

After a week, d result came out...
D doc called n ask to go to hosp ambek ubat coz it's a ketumbuhan. She describe it as very early stage if cancer. Huhuhu. Ngeri la jugak beb...
I call my close friend right away after d doc called... I need to hear her voice of comfort 1st before decide anything else...

So went to hospital d next day, ambek ubat n the doc said walaupun dah buang, things may repeat again n again anytime. Usually after a year. So no wonder la it happen each year. Tapi kenapa lepas kawen ek?
Wallahualam~
Ubatnya duphasthon je pun. Tujuan? Menstabilkan hormon & regulate period. Tapi awal2 period x stabil pun. Tapi just makan ikut arahan doc la. Makan 21days & stop for 7days. After a while baru stabil. Cant remember i have to it for how many months.
She said itu ubat hormon but wont harm if i got pregnant. So ikutkan je lah...

Alhamdulillah, genap setahun after that, i got pregnant. It is a miracle.Antara percaya dan tidak...
Tapi after 8weeks pregnant, start episode bleeding la plak. Again, taking duphasthon again but i dont think it help much coz i keep bleeding. On & off by time... Even after 20w pregnant.
Plus, part of uri dibawah. Itu pun penyebab bleeding kan.
End up, Nur Adilah Husna was born at 23w & dikatakan sebab infection. Maybe due to the bleeding kot. Wallahualam....
Dari awal jumpa doc, doc keep on saying it's normal and nothing to worry. Hurmmmm....
Dah itu ketentuan Allah untuknya kan. Tempatnya memang disyurga kan :)

And now, here i am pregnant again. Same time like before. Beza 2 hari jer :) ker i memang need raya mood to get pregnant? Hahahaha...
Since time raya kan happy2 n no pressure at all. Dok kat umah parents plak tu. Takyah wat keje apa. Just jalan raya merata, makan n tido jer :) Tolong masak pun not much :P

Few months before my 1st pregnancy, i went for mengurut jugak for d 2nd time in life :p
Sebab kebetulan makcik urut from Thai ada kat rumah and i pun ada d KL. Sepupu semua datang umah nak urut, mak pun join. I pun nak try lah. Macam best jer semua nak berurut dengan dia kan.
Alhamdulillah, xdelah sakit like before. Huhuhu. Best adalah :p
Memang most of my family berurut ngan dia lepas beranak sebab dia urut per whole body not like most of tukang urut nowdays main per hour.
Whole body dia urut takes 2.5h, memang puas hati. Tapi sempat urut sekali je sebab dah beli tiket nak balik Kemaman next morning. Kalau tak boleh gak urut 3hari kan :)

Cumanya, last time after delivery she cant come or dont want to come. Dia kata kalau gugur no need to urut. Plus booking dia for june n deliver februari, plus memang ada orang lain booking her at that time.
Tapi, sempat gak la urut sekali lepas abis pantang. Itupun sebab rahim x ditolak naik ke tempat asal masa berurut dalam pantang tu. Which makes my nifas too long. Almost 2months :(
Masa tu kan beranak awal, so x sempat plan this n that. Nak cari orang urut pun takes few days. Itu pun staff kat watson yang suggest. Tapi biasalah, bayaran per hour. Bertungku pun few minutes je. Dah sejam kelam kabut nak balik dah. Nasiblah~

Btw, lain lagi cerita, few months back, a friend of mine bleeding. Not sure berapa minggu masa 1st bleeding tu. Masa tu raya haji n bleeding masa d kampung. Maye sebab travelling kan.Banyak kali lah check up. At 32w bleeding banyak. Terus warded dalam 4hari. Dah siap kena inject to matangkan peparu baby. But alhamdulillah dah stop bleeding after few days bed rest.
Balik rumah still bleed a little tapi she wont go to check since she said pergerakan baby still active. She was asked to have bed rest until at least 36w before doc decide what to do with it.

Punca bleeding is uri kat bawah. At least one of it lah kan. Placenta previa kan namanya?
So i do some reading, pernah go thru D&C is one of the reason of uri begitu as well. But i never knew before pun.She done it as well sebab pernah keguguran.
Same with myself. My uri masa last pregnancy pun ada sebahagian kecil kat bawah.
Ntahlah... Semuanya memang telah ditentukan begitu kan. D&C or not, kalau mende nak jadi, jadi jugak kan...
Alhamdulillah, dia berjaya bertahan till 37w & deliver by c-section since uri masih dibawah. But then, dugaan masih bersamanya. Baby pulak tak boleh bernafas on her own so need bantuan machine & ubat2tan. At last, after a week, baby makin sehat & dah boleh bernafas & dah selamat sampai kampung halaman berpantang disana :)
(Later on will post baby pict)

Hurmmm... Sorrylah yet kalau pening plus bosan reading :p
Memang i seldom update now. Takde topik sangat. Tapi tulah, bila once typing, bercampur-campur cerita. Even at 1st wanna type this just for myself but when baca, macam ok je to share. So proceed je lah kan. Sesekali. Apa salahnya kan :)

Sampai sini dulu, Wassalam~

Wednesday, 10 August 2011

UPT

When Melna post bout her addiction to UPT, teringat plak zaman2 bekerja dulu...
Watson's is one of d fav place to buy UPT kan. With so many type and price... Tapi yang tak bestnya, budak-budak yang selalu p beli the UPT. By budak2 i mean teenagers lah yer, bukan kanak-kanak.

Nak dijadikan cerita, one of my staff memang anti betul kalau budak-budak p beli UPT nie. Then bila datang angin dia nak mengenakan budak-budak nie, each time ada yang datang nak beli UPT, she'll asked them to show surat nikah b4 scan d item. Hehehe.

It is fun to see reaksi budak-budak tue. Muka menggelabah, pucat on d spot. Some do cancel terus niat membeli since my staff buat muka serius when ask for surat nikah. But ada juga budak-budak yang more self prepaired and give reasons such as buying it for their friend, sister or mom???
Logik ka mom suruh anak dara(???) belikan UPT. Huhuhu...

So since one start doing that, merebak ke semua staff buat macam tu. We all d management have no problem with it. But for that period, UPT turun ranking as best selling item :)

Believe or not, we sell around 200 UPT (yang RM7.90) per week. Ramai betul yang suka beli UPT kan? Kanak-kanak plak tue yang majoritinya... Menyedihkan betul.
I yang dah kawen ni pun segan nak beli d kedai sendiri. Hehehe... Memang akan ke Guardian or other pharmacy nearby :p

Friday, 15 July 2011

Kutu Ikan


this is kutu ikan...
seriously, its the 1st time i heard of it... & my bro yg bgtau...
kalau tidak, mmg i tot this is a little crab eaten by the kerang... huhuhuhu...


hasil gugel-an ringkas mengenainya...
Argulus atau kutu ikan merupakan parasit ikan dari golongan udang-udangan keluarga Branchira.  Parasit ini masuk ke dalam akuarium biasanya melalu pakan hidup.  Diketahui ada sekitar 30 spesies Argulus.


my adek said this kutu ikan usually found d sirip ikan & memakan darah ikan (seperti sifat kutu2 yang lain)... huhuhu....
meremang bula roma bila menaip perkataan kutu.... sebab mengenangkan gigitan kutu babi last time... huhuhu... sangat menyakitkan... hehehehe :)

Thursday, 7 July 2011

Marah vs Sabar

Sesetengah orang mudah untuk marah. Ada yang sehingga tahap marah yang mampu mendorong kepada tindakan fizikal yang luar kawalan. Ini amat membimbangkan.

Bersabar?
Persoalannya bukan mudah untuk bersabar. Bersabar adalah satu perasaan yang berlawanan dengan marah. Mana mungkin dalam keadaan kita marah, kita boleh bersabar. So how???

Ketika kita marah seseorang, adalah sesuatu yang amat penting untuk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita memalingkan muka kita ketika kita marah.
Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yang kita marah (seperti contoh anak atau isteri/suami) kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar.
Maka setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa kita mesti berasa marah apabila melihat wajah mereka.
Kerana itu Rasulullah SAW menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat Rasulullah SAW meminta kita duduk ketika marah. Semuanya adalah berkaitan dengan otak kita.

Komunikasi dengan Allah mampu mententeramkan jiwa saya daripada perasaan marah disamping dapat mengelakkan diri dari sakit migrain atau sakit jantung.
Ketika marah, cuba bercakap dan luahkan pada Allah segala apa yang dirasai ketika itu. Jangan melawan rasa marah itu. Sebaliknya luahkan rasa marah pada Allah. Allah itu Maha Positif. Saya yakin dengan meluahkan rasa marah pada seseorang dengan berkomunikasi kepada Allah, Allah akan berikan kesabaran. Kita tidak perlu melawan marah untuk sabar. Tetapi rasa sabar itu dianugerahkan Allah terus ke dalam jiwa saya dengan luahan yang saya lakukan.

Praktikkan komunikasi dengan Allah apa yang dilakukan, difikirkan, didengarkan, dilihat, dicakapkan dan lain-lain. Jika kita berada di dalam situasi apa pun, perkara pertama dan utama yang kita ingat adalah komunikasi dengan Allah walaupun ketika tindakan luar kawal seperti perasaan marah jika kita biasa menggantikan ‘mind chat’ kita kepada komunikasi dengan Allah.
Contohnya:
Ketika memandu:
“Ya Allah, geram betullah kereta sebelah ni ya Allah. Aku dah kasi signal, dia tak nak kasi aku masuk laluan dia ya Allah. Kalau aku buat kurang ajar nanti baru dia tahu ya Allah. Takpelah ya Allahkan. Sabarjelah Ya Allah. Ya Allah, Payah kalau perangai orang jenis takde EQ ni.”
Kesannya, pasti jadi lebih sabar.

“Ya Allah, kereta ni kurang ajar betullah ya Allah. Geramnya aku ya Allah. Aku buat kurang ajar nanti baru tau. Tapi buat apa kan ya Allah. Biarlah dia ya Allah. Buat apa aku peningkan kepala fikirkan pasal dia kan ya Allah. Dia nak jadi apa, lantak dialah ya Allah”
InshaAllah marah dan geram ketika itu akan hilang dengan cepat.

(http://www.fuadlatip.com)

Memang easy to say... But not so easy to do so...
But at least can n should try kan...

Personally, yes, i think i am full with anger... And i find that to slow down is by ignoring it. Ignoring punca or penyebab anger itu. Alhamdulillah, ok lah~ much better than before...
But sometimes... Hehehehe...
I'm only human kan (alasan bodoh) hahahah...

Wallahualam~

Wednesday, 6 July 2011

Situation 01

Situation 01

You have a friend, name it Q.
She ok ok lah... But sometimes agak big mouth n cakap x berapa nak lapik... So kalau ada yg terguris nasiblah... Dia cakap je apa dia nak cakap...
But she herself cepat ambek ati with others as well...
Because of kelantangannya, she's quite well known jugaklah...

Then, other people around know you're her friend... And start asking you bout her terserempak dimana2.
But they who ask dont really like this Q, just that they wanna know bout her thru you n comment bout her to you... Mengumpatlah kan ni??
Why do you wanna know so much?
Why you should know at d 1st place if you dont even like d person kan...

I mean, why that should happen??
Do d other person be friend be friend with you coz you are you...
OR
Just coz they wanna know more so call 'gossip' bout this Q??

What would you do is such situation...


(ada kaitan ka ini pict??)
(source : google.com)

Sunday, 3 July 2011

Kesusahan di dunia...

Ada masa kita rasa that kita ni susah... Tapi walau apapun kesusahan yang kita hadapi, pasti ada yang lebih susah...
Ada yang susah dari segi kewangan...
Ada yang susah dalam pekerjaan...
Ada yang dengan family problem...
plus, masalah 'kehilangan' permata hati like some of us that i know...
(for mom with IUD, selasa nanti tengok TV3 @ 10.30am, rancangan Sikecilku Cak. Ada topic bout it).

Berbalik kepada cerita asal...
Percaya atau tidak, anugerah paling besar kurniaan Allah kepada umatNya adalah kesihatan...
Kalau kita flu sikit ja pun telah mampu mengubah mood kita kan?
Kalau sakit gigi lagilah... Nak buat apa pun serba tak kena kan?
Syukur Alhamdulillah atas kesihatan yang dikurniakanNya keatas kita...

Tapi, disekeliling kita ada insan yang diuji dengan 'kesakitan' melebihi 'kesakitan' yang dialami oleh diri ini...

Antara blog2 yg sya lawati, dah dua orang post mengenai ibu malang ini...
Walaupun dikurniakan cahaya mata tidak lama selepas mendirikan rumah tangga, nikmat kesihatan diambil darinya... Dimana dia tidak mampu menjaga anaknya sendiri dan hanya mampu terlantar di hospital kerana menghidapi kanser otak...

Kisah ibu muda ini bole dibaca di blog
http://miera301.blogspot.com/2011/07/update-norma.html

Me myself belum abis membaca setiap update... Bukan sebab takde masa, but tak termampu membaca sekaligus... Sakit kita yang membaca, bayangkan sakit lagi ibu yang sedang mengalaminya...

Marilah kita sama2 memanjatkan doa kepada Allah agar ibu muda ini sembuh dan dapat menjalani kehidupan seharian seperti ibu-ibu yang lain. Insya Allah...

Below are some pict i took from d blog...


Her wedding photo...


Mother and son...



Kalau ada yang mempunyai kemampuan yang lebih, bolehlah menghulurkan bantuan kepada ibu muda ini...

CIMB
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif

Hanya Allah yang mampu membalas segala pertolongan yang dihulurkan serta doa yang dipanjatkan kepadaNya...
Insya Allah...

Wassalam...

Just for laugh...

♥ஜ♥ SKETSA AWAL, TENGAH & HUJUNG PERKAHWINAN ♥ஜ♥

Sketsa 1

Awal Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Apa yang ayang inginkan..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Setiap tahun saya berikan…tak cukup lagi ke ?”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “bukan harijadi awak dah lepas ke?”

Sketsa 2

Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “takpe, biar abang masak..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “masak jer la apa2 jer..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : ” bakar je lar dapur tu…”

Sketsa 3

Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang mengandung..”
Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Abang tolong buat susu anak..”
Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : ” Cuba awak tegur anak tu sikit..”
Suami : “Haiii..anak awak..memang ikut mak…gerenti bengong nyer…”

Sketsa 4

Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “OK..no problem..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : ” apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer …saya sibuk nak baca suratkabar ni, nak amik tau perkembangan dunia…”

Just to share (^_^)
http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A488850&xgs=1&xg_source=msg_share_topic

Wednesday, 29 June 2011

Bersih vs Kotor yang lucu~

Satu tangkapan lucu telah dibuat malam tadi. Seorang pemuda bernama Khairul Anuar Zainuddin yang sedang minum di uptown Shah Alam, telah ditangkap dan digari hanya kerana memakai baju BERSIH 2.0. Berikut gambar saat beliau ditahan di Balai Polis Seksyen 9 IPD Shah Alam.

Apa yang menariknya, pemuda ini dilihat begitu ceria malah bangga ditangkap oleh Polis (siap angkat tangan sambil tersenyum). Menurut maklumat yang dikirim, pemuda ini tahu bahawa dia akan dilepaskan kerana tiada mana-mana peruntukkan undang-undang yang membolehkan Polis menangkap seseorang hanya kerana memakai baju kuning yang mempunyai tulisan BERSIH 2.0.


Beberapa ketika kemudian, pemuda ini telah dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin kerana tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Jadi apa tujuan pemuda ini ditangkap dan digari di depan khalayak ramai (Up Town)? Sila jawab sendiri soalan ini.

Dari maklumat yang diterima juga, pemuda ini melalui peguamnya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas pihak Polis kerana menggari dan menahannya di hadapan khalayak ramai sedangkan tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/06/tangkapan-lucu-pertama-untuk-menghalang.html#ixzz1QefALBgW



sambungannya....

Semasa Khairul Anuar Zainuddin sedang disoal siasat (untuk cukupkan syarat sebab Polis dah tangkap), seorang kawannya bernama Rozan Azen Mat Rasip telah hadir ke Balai Polis selepas mendapat berita bahawa rakannya ditahan Polis kerana memakai baju BERSIH 2.0.

Apa yang menarik dan melucukan, Rozan Azen hadir di balai Polis sambil memakai baju BERSIH 2.0 iaitu baju yang telah menyebabkan Khairul Anuar ditangkap Polis ketika sedang minum kopi di Uptown Shah Alam sebelum itu.




Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapakah Rozan Azen tidak ditangkap sedangkan dia memakai baju berwarna kuning serta memaparkan tulisan BERSIH 2.0? Malah Rozan Azen hadir di dalam kawasan balai Polis yang dilihat sudah memudahkan kerja Polis bagi menangkapnya. Polis bagaikan kucing yang kekenyangan melihat tikus menari-nari di depannya.

Khairul Anuar Zainuddin memakai baju BERSIH 2.0 di Uptown Shah Alam ditangkap dan digari di depan khalayak ramai, tetapi Rozan Azen siap masuk Balai Polis dengan memakai baju BERSIH dibiarkan saja. Bagaikan pengedar dadah menjual dadah di pintu lokap Balai Polis....

Rupa-rupanya Polis tangkap baju kuning depan orang ramai je kah kah kah...

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/06/rozan-azen-pakai-baju-bersih-20-dalam.html#ixzz1QefY2FFx


pasni nak jalan2 pakai baju KOTOR plak la kot... huhuhu
macam2 hal betul mesia nie.... kalau tak wat salah nak takut apa, biar je lah orang buat apa pun....
halang itu ini camni, nampak sangat ada yang tak kena... kuang kuang kuanggggg....