My life,,,

Pages

Tuesday, 19 April 2011

Kalau... If... Jika...

Saya pernah mendengar perbahasan
tentang penggunaan perkataan "kalau" ini.
Apabila kita menggunakannya, seolah-olah
kita tidak berkeyakinan dengan Allah dan syaitan la'natullah akan mengambil kesempatan ke
atas kita akibat penggunaan perkataan ini
dengan menimbulkan perasaan ragu-ragu
dalam diri kita. Mengenai hadith yang
menyokong mengenai perkara ini masih
dalam pencarian, Insya'Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:"Mukmin yang kuat lebih disukai
oleh Allah daripada mukmin yang lemah.
Namun pada kedua-duanya ada kebaikan.
Berjaga-jagalah terhadap perkara yang
boleh mendatangkan kebaikan kepada
engkau, pintalah pertolongan daripada
Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu
musibah, maka jangan engkau
berkata:"Sekiranya (kalau) aku lakukan
begini maka sudah pasti lain yang berlaku.
Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir
Allah dan Dia melakukan apa yang
dikehendaki-Nya, sesungguhnya 'kalau' akan
membukakan pintu amalan syaitan."

Huraian mengenai hadith  riwayat Imam
Muslim:-
1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur
bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan)
tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan
iman. Bahkan itulah yang paling penting.
2. Orang yang sentiasa berwaspada
terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak
akan mudah terjerumus dalam perangkap
syaitan. Segala tindakan yang diambil
mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah
dan dia sekali-kali tidak membiarkan
kebaikan dan keburukan yang menimpanya
sebagai suatu kegembiraan (kemenangan)
dan kesedihan semata tetapi percaya
bahawa semuanya itu mempunyai hikmah
yang tersendiri daripada Allah untuk
diambil pengajaran.
3. Ucapan 'kalau' tidak harus diamalkan
kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa
kita tidak redha dengan apa yang telah
berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa
berfikiran positif dan ingat bahawa segala
yang baik itu datangnya daripada Allah dan
yang buruk itu adalah daripada kelemahan
diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam
menyuruh umatnya agar bertawakkal
(berserah) kepada Allah SWT dalam
melakukan sesuatu usaha dan percaya
bahawa setiap sesuatu itu tidak akan
berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.
Allahu a'lam.

No comments: