But whats gonna happen next is not up to us... Semuanya milik Allah...
No matter how good we are as a planner, Allah is d best planner...
Tapi apa pun, kita sebagai hambaNya still have to work n plan our best...
Takdir atau ketentuan untuk makhluk itu telah dituliskan pada lohmahfuz.
Bagaimanapun, takdir ini masih menerima perubahan, kerana ada takdir yang tertulis di situ yang sudah tetap dan ada takdir yang belum putus yang diistilahkan sebagai takdir muallaq.
Menurut tafsir al-Qurtubi, semua takdir Tuhan yang telah tertulis di lohmahfuz boleh dihapus oleh Allah kalau dikehendaki oleh-Nya ataupun ditetapkan terus sesuai dengan kehendak-Nya.
Yang boleh mengubah takdir yang tertulis di Lohmahfuz itu ialah doa dan perbuatan baik. Dalam sebuah hadis Tirmizi dijelaskan:
Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik.
Means no matter what, we need to work for the best n not just wait for things to happen.
Insya Allah itu adalah janji Allah kepada umatNya...
Dalam membicarakan usaha dan takdir ketentuan Allah, setiap orang mempunyai tugas masing-masing. Takdir itu adalah masalah iktikad atau kepercayaan.
Allah memerintahkan kita supaya percaya kepada takdir. Manusia tidak tahu apa yang telah dan akan ditakdirkan untuk kita. Allah sendiri pun tidak pernah memberitahu apakah kita termasuk dalam golongan orang baik-baik, orang kaya atau miskin selalu, biarpun puas berusaha di sepanjang hari termasuk ketika bulan Ramadan.
Apa yang kita ketahui ialah adanya perintah daripada Allah dan rasulnya supaya kita beriman kepada Allah dan beramal saleh sambil berdoa supaya dijauhkan daripada seksa.
Beramal dan berusaha bukan bererti melawan takdir, tetapi termasuk juga dalam takdir.
Sebuah hadis sahih menyebut bahawa takdir itu berlaku ke atas hamba-hamba ALLAH yang telah ditetapkan oleh-NYA. Ia menjadikan segala sesuatu itu takdir yang berlaku dan sudah tertulis sejak azali lagi.
Namun begitu, amal dan perbuatan tetap diambil kira kerana sesuatu takdir yang menimpa itu adalah berdasarkan amalan yang dilakukan. Amalan itu pula berlaku berasaskan takdir yang telah ditentukan.
Umar r.a yang bertanya Nabi s.a.w tentang amalan dengan mengatakan:
"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku?
Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda:
Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara.
Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja?
Baginda bersabda: Beramallah wahai anak al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."- Hadis sahih riwayat Ahmad, jil. 1, ms. 29).
Sama juga dengan sebuah kisah yang diceritakan melalui sahih al-Bukhari dan Muslim mengenai protes Musa a.s kepada Adam a.s.
Dan juga dalam riwayat-riwayat lain. Kesemuanya menunjukkan kepada kita bahawa amal dan takdir itu saling berkaitan.
So that means walaupun semuanya telah tertulis, we still need to plan n do d best for ourself...
Bukannya just wait for things to come to us macam menunggu bulan jatuh ke riba... Hehehe...
Thats what i understand la kan... Insya Allah~
See ya~
No comments:
Post a Comment