My life,,,

Pages

Wednesday, 29 June 2011

Bersih vs Kotor yang lucu~

Satu tangkapan lucu telah dibuat malam tadi. Seorang pemuda bernama Khairul Anuar Zainuddin yang sedang minum di uptown Shah Alam, telah ditangkap dan digari hanya kerana memakai baju BERSIH 2.0. Berikut gambar saat beliau ditahan di Balai Polis Seksyen 9 IPD Shah Alam.

Apa yang menariknya, pemuda ini dilihat begitu ceria malah bangga ditangkap oleh Polis (siap angkat tangan sambil tersenyum). Menurut maklumat yang dikirim, pemuda ini tahu bahawa dia akan dilepaskan kerana tiada mana-mana peruntukkan undang-undang yang membolehkan Polis menangkap seseorang hanya kerana memakai baju kuning yang mempunyai tulisan BERSIH 2.0.


Beberapa ketika kemudian, pemuda ini telah dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin kerana tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Jadi apa tujuan pemuda ini ditangkap dan digari di depan khalayak ramai (Up Town)? Sila jawab sendiri soalan ini.

Dari maklumat yang diterima juga, pemuda ini melalui peguamnya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas pihak Polis kerana menggari dan menahannya di hadapan khalayak ramai sedangkan tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/06/tangkapan-lucu-pertama-untuk-menghalang.html#ixzz1QefALBgW



sambungannya....

Semasa Khairul Anuar Zainuddin sedang disoal siasat (untuk cukupkan syarat sebab Polis dah tangkap), seorang kawannya bernama Rozan Azen Mat Rasip telah hadir ke Balai Polis selepas mendapat berita bahawa rakannya ditahan Polis kerana memakai baju BERSIH 2.0.

Apa yang menarik dan melucukan, Rozan Azen hadir di balai Polis sambil memakai baju BERSIH 2.0 iaitu baju yang telah menyebabkan Khairul Anuar ditangkap Polis ketika sedang minum kopi di Uptown Shah Alam sebelum itu.




Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapakah Rozan Azen tidak ditangkap sedangkan dia memakai baju berwarna kuning serta memaparkan tulisan BERSIH 2.0? Malah Rozan Azen hadir di dalam kawasan balai Polis yang dilihat sudah memudahkan kerja Polis bagi menangkapnya. Polis bagaikan kucing yang kekenyangan melihat tikus menari-nari di depannya.

Khairul Anuar Zainuddin memakai baju BERSIH 2.0 di Uptown Shah Alam ditangkap dan digari di depan khalayak ramai, tetapi Rozan Azen siap masuk Balai Polis dengan memakai baju BERSIH dibiarkan saja. Bagaikan pengedar dadah menjual dadah di pintu lokap Balai Polis....

Rupa-rupanya Polis tangkap baju kuning depan orang ramai je kah kah kah...

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/06/rozan-azen-pakai-baju-bersih-20-dalam.html#ixzz1QefY2FFx


pasni nak jalan2 pakai baju KOTOR plak la kot... huhuhu
macam2 hal betul mesia nie.... kalau tak wat salah nak takut apa, biar je lah orang buat apa pun....
halang itu ini camni, nampak sangat ada yang tak kena... kuang kuang kuanggggg....

No comments: