My life,,,

Pages

Thursday 7 July 2011

Marah vs Sabar

Sesetengah orang mudah untuk marah. Ada yang sehingga tahap marah yang mampu mendorong kepada tindakan fizikal yang luar kawalan. Ini amat membimbangkan.

Bersabar?
Persoalannya bukan mudah untuk bersabar. Bersabar adalah satu perasaan yang berlawanan dengan marah. Mana mungkin dalam keadaan kita marah, kita boleh bersabar. So how???

Ketika kita marah seseorang, adalah sesuatu yang amat penting untuk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita memalingkan muka kita ketika kita marah.
Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yang kita marah (seperti contoh anak atau isteri/suami) kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar.
Maka setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa kita mesti berasa marah apabila melihat wajah mereka.
Kerana itu Rasulullah SAW menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat Rasulullah SAW meminta kita duduk ketika marah. Semuanya adalah berkaitan dengan otak kita.

Komunikasi dengan Allah mampu mententeramkan jiwa saya daripada perasaan marah disamping dapat mengelakkan diri dari sakit migrain atau sakit jantung.
Ketika marah, cuba bercakap dan luahkan pada Allah segala apa yang dirasai ketika itu. Jangan melawan rasa marah itu. Sebaliknya luahkan rasa marah pada Allah. Allah itu Maha Positif. Saya yakin dengan meluahkan rasa marah pada seseorang dengan berkomunikasi kepada Allah, Allah akan berikan kesabaran. Kita tidak perlu melawan marah untuk sabar. Tetapi rasa sabar itu dianugerahkan Allah terus ke dalam jiwa saya dengan luahan yang saya lakukan.

Praktikkan komunikasi dengan Allah apa yang dilakukan, difikirkan, didengarkan, dilihat, dicakapkan dan lain-lain. Jika kita berada di dalam situasi apa pun, perkara pertama dan utama yang kita ingat adalah komunikasi dengan Allah walaupun ketika tindakan luar kawal seperti perasaan marah jika kita biasa menggantikan ‘mind chat’ kita kepada komunikasi dengan Allah.
Contohnya:
Ketika memandu:
“Ya Allah, geram betullah kereta sebelah ni ya Allah. Aku dah kasi signal, dia tak nak kasi aku masuk laluan dia ya Allah. Kalau aku buat kurang ajar nanti baru dia tahu ya Allah. Takpelah ya Allahkan. Sabarjelah Ya Allah. Ya Allah, Payah kalau perangai orang jenis takde EQ ni.”
Kesannya, pasti jadi lebih sabar.

“Ya Allah, kereta ni kurang ajar betullah ya Allah. Geramnya aku ya Allah. Aku buat kurang ajar nanti baru tau. Tapi buat apa kan ya Allah. Biarlah dia ya Allah. Buat apa aku peningkan kepala fikirkan pasal dia kan ya Allah. Dia nak jadi apa, lantak dialah ya Allah”
InshaAllah marah dan geram ketika itu akan hilang dengan cepat.

(http://www.fuadlatip.com)

Memang easy to say... But not so easy to do so...
But at least can n should try kan...

Personally, yes, i think i am full with anger... And i find that to slow down is by ignoring it. Ignoring punca or penyebab anger itu. Alhamdulillah, ok lah~ much better than before...
But sometimes... Hehehehe...
I'm only human kan (alasan bodoh) hahahah...

Wallahualam~

3 comments:

Mama Mel said...

Nice post Adlie..love to read it!

ashra said...

hehe.samalah saya..
sy pun baran gak orangnye.sifat semulajadi.

bkn sng nak sbr,tp kena try gak kn.

Adlilatun Nur said...

Semua org ada angin masing2 ek...
Hehehehehe...
Kesabaran jer benteng nyer...