My life,,,

Pages

Thursday 4 August 2011

Fidyah

Pengertian Fidyah
Ialah denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada') bulan Ramadhan. Ia merupakan satu kadar tertentu yang eajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.

Kewajipan Fidyah
Wajib disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah
a) Wajib membayar fidyah sahaja
- Mereka yang menghadapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh atau mereka yang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

- Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

b) Wajib qada puasa dan fidyah
- Perempuan hamil dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Maka hendaklah membayar fidyah dan juga mengqada'kan puasa yang ditinggalkan.

- Ibu yang menyusukan anak dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka hendaklah mengqada' puasa serta membayar fidyah.

- Mereka yang melambatkan qada' sehingga melangkaui ramadhan tahun yang berikutnya. Maka dikenakan denda serta wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan. Jumlah fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Kadar Fidyah
Adalah berdasarkan kepada zakat fitrah sesuatu tahun yang ditentukan oleh Majlis Agama Islam.

Contoh (tahun 2009 / 1430H), fitrah RM7.00
1gantang = 4cupak
1gantang = RM 7.00
Fidyah / hari = RM 7.00/4 = RM 1.75
(but utk tahun ni dah RM 1.80 for wilayah)

Sumber : Pamplet PPZ (taken d Putrajaya)


4 comments:

ashra said...

thanks sharing2 info.
saya pun kena fidyah gak tahun ni,sbb ngandung kan anak kedua yang lepas tu.

ingat nak gi opis zakat terus kat shah alam nanti..

Adlilatun Nur said...

Hehehe... Sya punya fidyah sangat2 banyak.
Mostly dah ganti tp sbb x ingat berapa hari ganti n takut ada yang tinggal.

Sheila said...

thanx for sharing this info kak adlie.. :)

Adlilatun Nur said...

no problem dear...