My life,,,

Pages

Saturday, 13 August 2011

Pahala puasa...

Jangan rosakkan pahala puasa...

Me-refer to majalah solusi 34, terbacalah...
"... Menziarahi sanak saudara pada musim perayaan merupakan amalan yang digalakkan. Namun ia kadang kala dirosakkan dengan unsur berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Islam melarang seorang lelaki yang ajnabi atau bukan mahram menyentuh wanita yang boleh dikahwini sekalipun wanita tersebut SEPUPUNYA atau IPARNYA."

Hurmmmmm....
Then i pun mencari which sepupu is mahram...

Bagi seorang lelaki, wanita-wanita yang menjadi mahramnya ialah;
1. Ibunya
2. Neneknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
3. Anak perempuannya
4. Cucu perempuannya
5. Kakak atau adik perempuannya.
6. Anak saudara perempuannya (yakni anak perempuan kepada saudara-saudara kandungnya)
7. Ibu saudaranya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
8. Ibu mertua
9. Anak tiri perempuan
10. Menantu perempuan
11. Ibu tiri

Bagi seorang wanita pula, lelaki-lelaki yang menjadi mahramnya ialah;
1. Bapanya
2. Datuknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
3. Anak lelakinya
4. Cucu lelakinya
5. Abang atau adik lelakinya
6. Anak saudara lelakinya (yakni anak lelaki kepada saudara-saudara kandungnya)
7. Bapa saudaranya (sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu)
8. Bapa mertua
9. Anak tiri lelaki
10. Menantu lelaki
11. Bapa tiri

Dari senarai di atas, sepupu-sepupu (sama sepupu sendiri, sepupu ibu atau sepupu bapa) tidak termasuk dalam senarai kerana mereka bukan mahram.
Maksud mahram (khususnya mahram muabbad) ialah orang-orang yang haram dikahwini buat selamanya. Dengan mereka harus kita bersalaman, berduaan (jika aman dari fitnah), membuka aurat yang diharuskan sesama mahram (seperti tidak wajib bertudung) dan menemani mereka atau ditemani ketika safar (perjalanan jauh). Semua ini tidak harus ketika bersama sepupu kerana ia bukan mahram dan harus dikahwini.

(*Mahram-mahram di atas tidak termasuk kerana susuan)

So it means sepupu dr both side is not mahram la kan. Means tokleh la bersalam dengan sepupu yang bertentangan jantinanya kan???
Hurmmmmm....
Pakcik and makcik adalah mahram bagi kita, tapi anak2 diorang not our mahram... Hurmmm...

Kalau sepupu bukan mahram, ipar duai lagilah kan?
Hurmmmm... kenapa agaknya i didnt know bout it since before?

Then, how bout our parents in law??

Terbahagi kepada dua larangan (diharamkan berkahwin) iaitu larangan muabbad dan larangan muaqqat.

Larangan muabbad ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.Jadi hubungan MERTUA termasuk dalam kategori ini.

Larangan muaqqat ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

Siapa muhrim muaqqat?

Antaranya adik ipar atau kakak ipar. Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan muhrim muaqqat sama seperti hukum dengan bukan muhrim.

Termasuk bukan muhrim ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan muhrim. Tidak boleh bersentuh atau bersalaman. Isteri kepada bapa saudara(emak saudara juga termasuk dalam kategori muhrim muaqqat.

Hurmmmm... Walaupun makcik kita ada mahram kita, suaminya tidak lah kan? Suami kepada makcik husband apatah lagi kan... Hurmmmm... Yang menjadi mahram dengan ikatan perkahwinan only with mertua. Others is still NO NO NO.

Amacam???
Renung-renungkan.... dan selamat beramal.
Nak mudah no need to salam all lelaki je lah kan :)

2 comments:

mELna said...

Bagus nya peringatan ni. Mel pun selalu elak nak jabat tangan dengan lelaki bukan muhrim. Tapi kadang-kadang tu, orang tua ingat kita ni macam kurang ajar lak.

Makin kat ofis tu, mana-mana doktor Non-Muslim tu yang dah hulur tangan, kalau boleh Mel tolak, tapi ada gak masa terpaksaaaa gak salam. Huhuhu

Adlilatun Nur said...

Tulah. Kalau kat tempat keje mmg susah skit kan. Lbh2 kalau keje ngan org dr luar. Non muslim kat mesia insya Allah ada yg paham.
Do d best je la apa pun kan. Insya Allah.