My life,,,

Pages

Thursday 4 August 2011

Zakat Emas

Emas dan perak adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat seperti yang dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakan pada jalan Allah (zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengan dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu"
At-Taubah 34-35

Pengiraan Zakat Emas
a) Emas Yang Disimpan (Tidak Dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun dianggap emas simpan.
Jika nilai emas bersamaan atau melebihi nisab (85gm), maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% daripada nilai emas keseluruhan.

Contoh Pengiraan
Berat emas disimpan = 100gm
Harga per gram. = RM75.29 (contoh)
Nilai emas disimpan. = RM 7529.00
Zakat emas disimpan = 2.5% x RM 7529 = RM 188.23


b) Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai bagi tujuan perhiasan diri tidak dikenakan zakat. Tetapi jika berat emas tersebut melebihi URUF (kebiasaan masyarakat setempat memakai emas) maka zakat akan dikenakan.
Kadar uruf di WP ialah 150gm. Kadar zakat adalah 2.5%.

Contoh Pengiraan
Berat emas yang dipakai = 200gm
(50gm melebihi uruf)
Harga emas per gram. = RM 75.29 (cth)
Nilai emas (50gm). = RM 3764.50
Zakat emas pakai. = 2.5% x RM3764.50 = RM 94.11
Sumber : PZZ Putrajaya

For harga emas semasa please check 1st d mana2 yang berkenaan la yer...
Coz harga emas kan sentiasa meningkat... Up to 30%/ year...

Wassalam...

2 comments:

ashra said...

hehe.takder emas la...
setakat emas cincin kawin n gelang kawin je ada
=p

Adlilatun Nur said...

Hehehe...