My life,,,

Pages

Sunday 12 June 2011

Kesedihan...

Perasaan sedih yang datang ketika musibah melanda adalah suatu yang normal. Nabi s.a.w juga pernah kesedihan ketika kematian anaknya Ibrahim. Namun kesedihan baginda hanya mengalirkan airmata, dan tidak diiringi ratapan.

Menurut riwayat Anas bin Malik r.a bahawa sebelum Ibrahim menghembuskan nafasnya (yang terakhir) dengan tenang, baginda Nabi s.a.w bersabda sambil menitiskan air mata :

”Sesungguhnya mata ini menitiskan air mata dan hati ini bersedih, (namun) kami tidak akan mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami merasa sedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Satu riwayat hadis oleh Qurrah al-Mizni r.a:
Sesungguhnya Nabi Allah s.a.w apabila duduk, maka sekumpulan dari sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.

Maka Nabi bertanya kepadanya : Kamu cintakannya ?
Jawabnya : Wahai RasuluLLAH ! Aku mencintaimu ( ATAU ) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku.

Maka ( selepas itu ) anaknya meninggal , dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama RasuluLLAH kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya.

Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya : Manakah si Fulan , aku tak melihatnya di sini ?
Maka para sahabat memberitahunya : Wahai RasuluLLAH , anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal.

Baginda terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata :
Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai ,nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?
Dia menjawab : Wahai Nabi Allah ! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku.

Maka kata Baginda : Maka begitulah keadaannya bagimu.
Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar : Wahai RasuluLLAH , moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua ? Maka jawab Baginda : Bahkan ia adalah untuk kamu semua.

5 comments:

FionaHafiz said...

Very nice to read this one. Shall read it everyday. Hehe.

Adlilatun Nur said...

:)

ashra said...

mudahan2 anak2 kita itulah pembant kita di akhirat kelak..insyaallah..

Unknown said...

Thanks for the story.. it happend to me too..

zuliana abd rahman said...

Nice post adlie, bila bersedih bukan bermakna kita tak redha kan?cuma perlu kawal emosi.Ya..anak2 kita tengah tunggu kita kat sana.Moga mereka berbahagia di sana walaupun tanpa kita di sisi mereka ketika ini.Allah maha pengasih dan penyayang.